Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiong King Sing bertanding di DUN Dudong?

KUCHING, 3 Dis : Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing yang ‘terkenal’ kerana kelantangan beliau di Dewan Rakyat dikaitkan sebagai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke -12 Sarawak ini.

King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu dikaitkan dengan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong.

Pada majlis penyerahan watikah calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sedang berlangsung secara tertutup ketika ini, kelibat beliau turut kelihatan.

King Sing turut menghadiri sesi fotografi di sudut khas yang disediakan di sini untuk semua calon GPS pada PRN ke-12 ini.

Bagaimanapun beliau tidak memberikan sebarang kenyataan.

Satu sidang media dijangka akan dibuat sejurus selepas majlis penyerahan watikah selesai sebentar lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan