KUCHING, 3 Dis : Gabungan Parti Sarawak (GPS) difahamkan akan menampilkan 25 muka baharu sebagai calonnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke -12 Sarawak kali ini.
Sumber dalaman memaklumkan kepada TVS calon baharu itu terdiri daripada sembilan dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (2) , Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) pula menampilkan 12 muka baharu manakala Parti Demokratik Progresif dengan dua muka baharu.
Antara calon muka baharu yang kelihatan di ibu pejabat PBB ketika ini ialah Dayang Noorazah Awang Sohor yang dikatakan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga .
Bagaimanapun pengesahan rasmi hanya akan dibuat menerusi sidang media pada pukul 5 petang ini.
Ketika ini penyerahan watikah kepada kesemua calon GPS oleh Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sedang berlangsung secara tertutup. – TVS