Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Seminggu beroperasi , kedai kasut bundle di Mukah raih jualan RM50,000

MUKAH, 3 Dis : Baru seminggu beroperasi, Fizah Global Trading atau FGT Premium Outlet yang merupakan kedai kasut terpakai berjaya meraih jualan mencecah RM50, 000.

Menurut pemiliknya, Norfaizah Mohd. Iskandar, 31, sejak dibuka pada 26 November lalu, kedai tidak putus – putus dikunjungi pelanggan.

“Dalam masa tiga hari sahaja , lebih 1,000 pelanggan datang dan membeli kasut di sini.

“Alhamdulillah kedai yang saya buka ini mendapat sambutan , mungkin kerana ia merupakan kedai kasut terpakai yang pertama di Mukah,” katanya kepada TVS hari ini.

Jelas Norfaizah, kedai miliknya mungkin juga yang pertama di Mukah dan Sarawak yang mengetengahkan konsep butik.

“Walaupun menjual kasut bundle tetapi saya mahu pelanggan berasa selesa untuk datang ke kedai dan mencuba kasut yang dijual,” katanya.

Menurut Norfaizah, beliau menyedari konsep butik bagi perniagaan kasut terpakai telah banyak beroperasi di Semenanjung Malaysia namun di Sarawak katanya, konsep sedemikian masih baharu.

“Oleh itu, saya ambil keputusan untuk membuka kedai seperti ini di Mukah yang merupakan kampung saya,” katanya lagi.

Jelas Norfaizah , idea untuk membuka kedai kasut terpakai timbul sewaktu dia menjual secara dalam talian.

“Saya sendiri seorang peminat kasut dan apabila melakukan perkara yang disukai, pasti kita akan bersungguh – sungguh untuk merealisasikan impian,” katanya.

Katanya lagi, kesabarannya berbaloi walaupun terpaksa melambatkan pelancaran kedainya disebabkan pandemik COVID-19.

Norfaizah turut membetulkan tanggapan kononnya kasut terpakai tidak berkualiti, kotor dan merugikan harus diubah.

“Ini kerana banyak peniaga barangan terpakai memastikan kasut atau pakaian terpakai yang dijual berada dalam keadaan terbaik dan seterusnya yang memperoleh keuntungan hingga belasan ribu ringgit,” katanya. -TVS

Tags: mukah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan