Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kes penipuan pinjaman tidak wujud dan e-dagang membimbangkan

KAPIT, 2 Dis : Kes penipuan sindiket pinjaman tidak wujud dan pembelian dalam talian menunjukkan peningkatan ketara di daerah ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Freddy Bian berkata, jumlah kerugian yang dilaporkan mencecah RM106 586 98.

Katanya, berdasarkan statistik, sebanyak 11 kes penipuan pinjaman tidak wujud direkodkan dengan nilai kerugian sebanyak RM40 309 98.

“Bagi kes penipuan e-dagang pula, polis menerima sebanyak 22 laporan dengan nilai kerugian sebanyak RM66 277 00 sehingga 31 November lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, statistik berkenaan menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun sebelumnya.

Sehubungan itu, Freddy menasihatkan orang awam agar tidak mudah terpedaya dengan iklan mengenai wang pinjaman tidak berlesen di media sosial yang menawarkan faedah rendah.

“Pada masa sama, saya juga berharap agar orang ramai lebih berhati – hati ketika membuat pembelian secara dalam talian,” katanya.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyediakan laman sesawang http:ccid.rmp.gov.my/semakmule/ bagi kemudahan orang ramai mengenal pasti nombor akaun bank dan nombor telefon yang digunakan pernah dikesan terlibat dalam kes penipuan atau sebaliknya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan