Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Proses sukatan tanah NCR berterusan, secara telus – Awang Tengah

BETONG, 2 Dis: Kerajaan Sarawak akan memastikan program penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang dilaksanakan untuk manfaat penduduk akan berterusan secara telus dan adil.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, RM40 juta diperuntukkan bagi mempercepatkan lagi kerja-kerja penyukatan tanah NCR, sementara jumlah petugas pengukur di bawah Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak turut ditambah, yang melibatkan kos RM30 juta setahun untuk tujuan itu.

“Kita (kerajaan negeri) juga tambah pegawai-pegawai yang terlibat untuk memantapkan lagi pasukan penyukat yang mana kita tahu proses ini memakan masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seskyen 6, Kanun Tanah Negeri, Surat Hak Milik Tanah Seskyen 18, Lesen Pendudukan Sementara (TOL) Saribas di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 300 penduduk menerima pelbagai surat berkaitan tanah dan lesen mendiami oleh kerajaan negeri.

Ujar beliau, ketika ini proses penyukaran dilaksana mengikut dua peringkat iaitu pertama secara tinjauan dan juga menerusi kaedah pengukuran secara individu yang bergantung kepada pemohonan.

“Setakat ini lenbih 700 000 hektar telah diwartakan dan lebih satu juta hektar telah disukat,” katanya.

Sementara itu, Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua berkata, beliau mengharapkan Saribas akan terus dipertahankan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini.

“Saribas kubu kuat GPS dan harus kita pertahankan,” katanya.

Dalam PRN Ke -11 Sarawak, wakil GPS, Ricky @ Mohammad Razi Sitam menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan dengan meraih undian sebanyak 5,963 sekaligus menewaskan calon PKR , Yakup Daud yang mendapat 1,531 undi.

Ini menjadikan majoriti yang diraih Ricky ialah sebanyak 4,432. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan