Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRN ke – 12 perlu SOP ‘Ala Sarawak’ – Safiee Ahmad

ByAkma Salleh

DARO, 2 Dis : Prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 yang bakal dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak perlu mengambil kira segala aspek yang ada di negeri ini.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, ia perlu dilaksanakan ‘ala Sarawak’ dengan melihat kepada kepadatan penduduk dan faktor geografi di sini.

“Saya berharaplah supaya pihak berkuasa dapat melihat keadaan Sarawak yang berbeza dengan Melaka. Di sini (Sarawak) kawasan luas serta mempunyai kawasan luar bandar,” katanya ketika ditemui TVS di sini hari ini.

Pertimbangan berkenaan ujar Safiee bukanlah bermaksud calon – calon yang bertanding mahu mengabaikan SOP namun lebih kepada untuk melaksanakan program – program bertemu pengundi dan seterusnya menyampai mesej mereka.

” Jika kita kata guna media sosial, perlu diingat bahawa banyak kawasan luar bandar di sini yang masih belum mendapat akses internet sepenuhnya,” katanya.

Di Daro ujarnya, terdapat empat daerah antaranya Sibu, Matu dan Meradong manakala kawasan DUN Daro sendiri lokasinya jauh dari bandar yang belum mempunyai liputan internet dan sudah pasti akan menyukarkan calon – calon bertanding untuk berkempen.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abdu Bakar berkata, perbincangan SOP PRN Ke-12 Sarawak telah dibuat dengan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Aaron Ago Dagang.

Sementara itu ketika ditanya mengenai persediaan jika dicalonkan semula untuk menjadi calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di DUN Daro, Safiee berkata, beliau bersedia dan sekiranya menang, antara perancangan yang akan diteruskan ialah projek Jambatan Muara Lassa.

“Tempoh lima tahun belum cukup untuk merealisasikan impian dan aspirasi rakyat. Sekiranya saya terus diberi amanah, sudah pasti saya akan meneruskan segala projek yang sedang dalam pelaksanaan ini siap mengikut masa yang ditetapkan dan rakyat dapat menikmati kemudahan yang disediakan,” katanya.

Safiee berkata, beliau juga mahu melaksanakan projek – projek baharu di kawasan berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan