Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemandu kren maut dihempap jentera dikendalikannya

KUCHING, 1 Dis : Seorang operator kren maut selepas jentera yang dikendalikannya itu tumbang dan menghempapnya dalam kejadian di Jalan Petanak, di sini petang tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi , Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPN) Sarawak, setakat pukul 10 malam tadi, bahagian badan dan kepala mangsa, Manggi Nanjus, 51, berjaya dikeluarkan.

Sementara itu di lokasi kejadian, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan, Tan Ming Chai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.26 petang tadi dan 10 anggota telah dikerah ke tempat kejadian untuk kerja – kerja menyelamat.

“Pada awalnya, Bomba berdepan kesukaran untuk mengeluarkan mangsa kerana kren berkenaan yang berat selain hujan lebat.

Oleh itu, kita terpaksa mendapatkan pihak kontraktor untuk mengorek dari bawah disebabkan kren berkenaan tidak dapat ditarik untuk diletakkan seperti di kedudukan asal,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Menurut Ming Chai, saksi di tempat kejadian memaklumkan, mangsa cuba menyelamatkan diri selepas melihat kedudukan kren itu tidak stabil namun tidak sempat apabila dihempap.

“Kecederaan yang dialami mangsa agak parah namun mayatnya telah berjaya dikeluarkan dan kini diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. -TVS

Tags: bomba

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan