Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

LPB Telok Melano ke Sematan beri impak positif ekonomi

ByFebbright James

LUNDU, 1 Dis : Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak jajaran Telok Melano ke Sematan telah menyumbang kepada peningkatan ekonomi di kawasan sekitar.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Tanjung Datu, Datuk Amar Jamilah Anu berkata, perasmian projek tersebut pada pada 26 Januari 2019 telah menyebabkan Sematan dan Telok Melano mengalami kesesakan apabila pengunjung luar mula masuk.

“Semenjak jajaran ini dibuka kepada orang awam, kita dapat melihat peningkatan kegiatan ekonomi di sini yang menerima ribuan pengunjung pada setiap bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian CENTEXS Lundu yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini.

Laluan baharu sepanjang 33 kilometer (KM) itu mula dibina pada 15 September 2015 dengan kos RM580 juta dan siap sepenuhnya mengikut jadual pada 4 Januari 2018.

Kini, jajaran Lundu ke Bau juga sedang dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2023.

Menurut Jamilah, ketika ini juga sedang berlangsung pembinaan jajaran LPB dari Telok Melano ke Lundu, Bau, Kuching dan seterusnya sehingga ke Merapok di Lawas yang akan meningkatkan perhubungan di negeri ini.

“Selain itu, satu lagi projek besar yang sedang dilaksanakan adalah pembinaan Jambatan Batang Rambungan yang bernilai RM98 juta yang dijangka siap pada suku pertama 2023,” katanya.

Ujarnya, ia merupakan laluan kedua ke Lundu yang ketika bergantung kepada perkhidmatan feri.

Beliau memberitahu, projek berkenaan dilengkapkan lagi dengan rangkaian jalan ke Lundu melalui Rambungan dan Sampadi yang membabitkan peruntukan RM100.7 juta.

” Ini telah diluluskan untuk menggantikan lapan buah jambatan dengan membina lapan buah jambatan konkrit baharu yang mempunyai dua laluan dan dijangka siap pada separuh kedua 2023,” katanya.

Ujarnya, projek – projek ini mengalami sedikit kelewatan akibat pandemik Covid-19. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan