Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Naroden tidak akan lupakan Gedong

BAU, 1 Dis : Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Mohd. Naroden Majais menegaskan beliau akan tetap ‘berkhidmat’ kepada penduduk kawasan berkenaan walaupun ‘mungkin’ tidak tercalon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini.

Mohd. Naroden berkata, ketika membuat tawaran ‘terbuka’ kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Open pada 17 November lalu supaya bertanding di kawasan berkenaan, beliau tidak mempunyai niat peribadi.

Namun demikian, ujar Mohd. Naroden yang telah menjadi ADUN Gedong sejak 1991 berkata, ketika ini kata pemutus terpulang kepada Abang Johari yang juga Pengerusi , Gabungan Parti Sarawak (GPS).

” Hanya Ketua Menteri yang boleh menentukan nasib karier politik saya. Seandainya tidak dipilih (sebagai calon) , saya masih akan bertungkus-lumus untuk membantu membangunkan Gedong,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Jum Regista Bisnes Sarawakku Sayang di sini hari ini.

Dalam satu majlis bersama rakyat baru – baru ini, Mohd. Naroden secara terbuka ‘menjemput’ Abang Johari yang juga penyandang kerusi DUN Satok untuk datang bertanding di kawasannya.

Abang Johari dalam reaksinya berkata, cadangan Mohd. Naroden itu ‘susah’ untuk ditolak dan mempertimbangkannya dengan lebih mendalam.

Pada masa sama, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata, beliau juga perlu melihat ‘kawasan lain’ selain mahu mendapatkan pandangan rakyat di Satok iaitu kawasan yang diwakilinya sejak sembilan penggal lalu.

Menjelaskan lebih lanjut, Mohd. Naroden berkata, faktor utama beliau menjemput Abang Johari bertanding di situ adalah kerana percaya personaliti kuat yang dimiliki Ketua Menteri akan membantu memajukan Gedong.

Sementara itu, beliau turut mengakui, ramai pihak terkejut dengan tindakannya namun perkara berkenaan sudah lama dirancang.

” Saya telah memberi taklimat kepada ahli jawatan cawangan PBB dan ketua – ketua ranting,” katanya.

Berhubung perkembangan di Gedong, katanya ketika jumlah penduduk di situ mencecah lebih 25,000 orang di 80 kampung.

” Kita mempunyai 50 kampung kaum Iban dan 30 kampung orang Melayu,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan