Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Keunikan dan kestabilan Sarawak jadi contoh negeri lain – Snowdan Lawan

ByNur Suhaida Muliyono

SRI AMAN, 30 Nov : Keunikan yang dimiliki Sarawak menerusi rakyat pelbagai kaum dan agama yang hidup harmoni sebenarnya telah menjadi contoh kepada negeri – negeri lain.

Menteri Muda Snowdan Lawan berkata, faktor berkenaan juga telah menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memilih Sarawak untuk melancarkan konsep Keluarga Malaysia.

Katanya, Sarawak mewakili keharmonian, kestabilan dan keamanan yang perlu dipertahankan oleh setiap rakyatnya.

” Jadi di sini kita lihat Sarawak sebagai contoh yang amat baik kepada negeri – negeri lain. Keharmonian ini bukan dinikmati baru – baru ini sahaja sebaliknya telah lama,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas menghadiri Seminar Kepimpinan Masjid dan Surau Sri Bahagian Sri Aman yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) dan Menteri Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip.

Mengulas lanjut mengenai keunikan Sarawak, Snowdan yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin berkata, negeri ini turut mempunyai pelbagai budaya hasil perkahwinan campur masyarakat berbilang kaum seperti Melayu, Cina, Cina Iban dan sebagainya.

” Sehubungan itu kita harus kekalkan kestabilan ini demi keharmonian dan perpaduan rakyat Sarawak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan