Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak perlukan kestabilan politik pacu pembangunan untuk rakyat

ByNur Suhaida Muliyono

SRI AMAN, 30 Nov : Negeri ini perlu memiliki kestabilan politik bagi memastikan projek pembangunan yang telah dirancang dengan teliti dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) dan Menteri Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, ketika ini Sarawak memiliki ciri – ciri berkenaan di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Dalam soal ini, Dr. Abdul Rahman berkata, negara sebelum ini berdepan ‘pengalaman’ bertukar Kerajaan Persekutuan yang turut memberi implikasi besar kepada perancangan pembangunan dan kehidupan rakyat.

” Apabila terhenti atau ditangguhkan dalam tempoh dua tahun (akibat pertukaran kerajaan) banyak projek turut terencat kerana kerajaan baharu akan memulakan perancangan baharu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas menghadiri Seminar Kepimpinan Masjid dan Surau yang dirasmikan oleh Abang Johari di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip.

Mengulas lanjut, Dr. Abdul Rahman yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai berkata, kestabilan turut diperlukan di peringkat negeri bagi memastikan kerajaan yang mentadbir tidak mudah ‘goyah’ dan seterusnya dapat berkhidmat dengan lebih berkesan kepada rakyat.

” Oleh itu kita memerlukan kepimpinan sedia ada terus diberi mandat besar untuk memastikan Ketua Menteri dapat memimpin negeri ini melaksanakan pelbagai prohek yang telah dirancang dalam tempoh tiga hingga empat tahun ini,” katanya.

Ujar beliau, kerajaan negeri telah membuktikan kemampuan pentadbiran apabila berjaya melaksanakan pelbagai projek mega dengan kerjasama erat Kerajaan Persekutuan.

“Contoh yang paling jelas kita lihat adalah dari segi pembangunan infrastruktur selain daripada Lebuh Raya Pan Borneo, di peringkat negeri, Ketua Menteri memastikan bahawa perhubungan antara kawasan bandar dengan luar dan pinggir bandar dapat disambungkan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan