Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Video rusuhan di Sibu dan fitnah tular, PDRM tubuh pasukan khas

SIBU, 30 Nov:  Polis telah menubuhkan satu pasukan penyiasatan khas susulan kejadian merusuh dan dakwaan berbaur fitnah terhadap seorang pegawai kanan polis yang tular di media sosial.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan akan menyiasat kes itu meliputi pelbagai sudut.

Menurut Aidi, hantaran video berkenaan dipercayai dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook bernama Ali Hero pada 29 November yang mengandungi kenyataan berbaur fitnah terhadap seorang pegawainya yang berpangkat Timbalan Penguasa Polis di Sibu.

” Bertindak atas maklumat, polis telah menahan 15 orang lelaki yang dipercayai terlibat dalam rusuhan berkenaan dan telah mengenal pasti mangsa dan saksi kejadian,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sebelum ini tular video kejadian rusuhan melibatkan sekitar 20 orang lelaki yang dilihat menyerah seorang individu lain di luar Medan Selera Jalan Ulu Sungai Merah pada Ahad lepas.

Mengulas lanjut , Aidi memberitahu, mangsa kejadian itu merupakan seorang lelaki berbangsa Cina yang mengalami kecederaan ringan dan kini masih dirawat di Hospital Sibu.

” Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini supaya tampil menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat Asisten Superintendan (ASP) Musa Dolmat di talian 013-5082919 atau balai polis berhampiran,” katanya.

Kes disiasat  mengikut Seksyen 148 dan 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1988. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan