Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Masjid dan surau perlu miliki sistem pentadbiran yang baik – Abang Johari

ByNur Suhaida Muliyono

SRI AMAN, 30 Nov: Masjid serta surau di seluruh negeri ini perlu mempunyai sistem tadbir urus yang lebih baik bagi meningkatkan fungsinya sebagai rumah ibadat dan tempat penyatuan ummah.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata , masjid dan surau juga mempunyai fungsi yang sangat penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat.

” Fungsi-fungsi tersebut perlu diteruskan supaya masyarakat memandang tinggi serta merasai kepentingan institusi masjid dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Kepimpinan Masjid dan Surau Bahagian Sri Aman di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip dan Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) dan Menteri Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, masjid – masjid juga boleh berfungsi sebagai pusat ilmu serta melaksanakan aktiviti kemasyarakatan.

” Sehubungan itu, tugas dan amanah perlu disempurnakan sebaik mungkin dan perlu menjauhkan diri daripada apa sahaja perbuatan serta perlakuan yang bercanggah dengan tuntutan agama,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan