Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SUBIS, (Sarawak), 29 Nov -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan) melihat pelan pembangunan pada perasmian Waterfront Niah Fasa Dua hari ini. Turut hadir, Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Datuk Rosey Yunus (dua, kiri). Pembangunan terbabit akan dapat merancakkan lagi pembangunan ekonomi para penduduk di sekitar Niah, Bekenu, Subis dan Sibuti. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Masalah bekalan air Subis diatasi, capai tahap memuaskan – Abang Johari

MIRI, 29 Nov : Projek bekalan air di Subis yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri kini telah menunjukan hasil yang memuaskan sekaligus mengatasi masalah yang dihadapi penduduk di situ.

Ketua Menteri , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak yang dipimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memperuntukkan dana yang besar bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi oleh penduduk di luar bandar.

“Di Subis , saya boleh kata hampir 100 peratus sudah mendapat bekalan air menerusi peruntukan RM130 juta yang disalurkan. Kalau dahulu, ada masalah, sekarang telah berjaya diatasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di sini hari ini.

Berhubung lawatan di Miri, Abang Johari berpuas hati apabila majoriti projek pembangunan yang dilaksanakan sejak tiga tahun lalu menunjukkan kemajuan besar walaupun berdepan pelbagai kekangan di sebabkan oleh pandemik COVID-19.

” Saya juga berkesempatan meninjau projek pembinaan jambatan yang telah saya luluskan dahulu di Bekenu, menaik taraf benteng Bekenu yang akan menjadi tempat perhentian untuk para pelancong yang ingin ke Gua Niah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri memberitahu, di Lambir pula, kerajaan negeri di bawah pentadbirannya telah meluluskan pembinaan masjid namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia telah menjejaskan pembinaannya.

” Bagaimanapun, secara keseluruhan saya berpuas hati dengan projek yang telah dilaksanakan oleh kita sejak tiga tahun lepas,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan