Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jurujual persis model, taktik promosi kereta

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 29 Nov : Berikutan lambakan pelbagai jenama di pasaran, usahawan kini terpaksa memerah otak dalam mencari kaedah pemasaran yang lebih kreatif dan unik bagi memajukan lagi perniagaan.

Pengurus Pemasaran Mazda Kuching, Sharon Chong berkata, strategi pemasaran secara kreatif kini turut dilakukan pihaknya bagi menarik perhatian pelanggan.

Lebih menarik, ruang pameran kereta syarikat berkenaan kini seolah – olah bertukar menjadi ‘studio fotografi’ apabila jurujual mereka kini bergaya bak model ketika menjual kereta.

“Kami tidak menggunakan orang luar untuk menjadi model sebaliknya jurujual syarikat yang melakukan tugas itu,” katanya kepada TVS baru – baru ini.

Bagi menunjukkan kesungguhan mereka, Sharon berkata, ‘sesi fotografi’ untuk mempromosikan kereta turut dilengkapi pelbagai prop menarik termasuk lampu neon untuk membangkitkan mood.

Sementara itu, Pengurus Bahagian Pemasaran Digital Mazda, Christine Tay berkata, selain penggunaan imej kreatif pada produk atau usahawan sendiri , penggunaan media sosial juga sangat berkesan.

“Semenjak penularan COVID-19, kita tidak dibenarkan membuat promosi secara fizikal, jadi kami beralih kepada media digital seperti Facebook Market dan Instagram Market,” katanya.

Christine berkata, mereka menyedari pelanggan juga gemar berhubung menerusi media sosial kerana ia lebih memudahkan dan selamat ketika penularan wabak.

Beliau turut bersetuju bahawa apa sahaja teknik pemasaran yang digunakan, ia tidak seharusnya menenggelamkan matlamat asal untuk mempromosikan produk.

“Memandangkan kita sekarang berada pada zaman multimedia yang menyaksikan orang ramai lebih selesa menggunakan telefon bimbit pintar untuk mencari maklumat produk berbanding turun ke kedai fizikal, aspek ini perlu dimanfaatkan oleh perniagaan,” katanya. -TVS

Tags: #bm, Mazda

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan