Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kanak -kanak autisme dikhuatiri hilang di Batu Kawa

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 28 Nov : Seorang kanak-kanak lelaki autisme dikhuatiri hilang dari rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Batu Kawa di sini petang tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPN) Sarawak, mangsa Muhd Ramadhan Muhd Ridhwan , 8, dipercayai hilang sejak pukul 3 petang tadi.

“Sehubungan itu, JBP Batu Lintang melancarkan operasi mencari dan menyelamat sebaik sahaja menerima laporan kejadian pada pukul 7 petang tadi,” jelas kenyataan berkenaan.

Operasi berkenaan yang diketuai Penguasa Bomba Kanan Law Kim Hin turut disertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung di kawasan Muhd Ramadhan dipercayai hilang namun masih belum berhasil menemui mangsa.

Difahamkan , operasi telah dihentikan sebentar tadi dan akan bersambung esok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan