Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Rumah Rumpang sepanjang 23 pintu di Limbang nikmati internet lancar SALURAN

ByOdleen Catherny

LIMBANG, 1 Dis : Seramai 195 penduduk daripada 23 pintu atau isi rumah di Rumah Panjang Rumpang di Kampung Mersang Darat di sini kini menikmati perkhidmatan internet yang lancar.

Menurut Tuai Rumah (TR) Rumpang Bali, perkhidmatan yang disediakan di bawah inisiatif ‘Sarawak Linking Urban, Rural And Nation’ (SALURAN) itu telah memudahkan lagi urusan mereka, lebih-lebih lagi apabila 60 peratus daripada para penduduk rumah panjang adalah golongan remaja.

SALURAN telah menyenangkan penduduknya, terutamanya ketika pandemik COVID-19, untuk berhubung dengan ahli keluarga yang jauh.

Tuai Rumah Rumpang Bali

Malah, kata TR Rumpang, SALURAN telah membolehkan pembelajaran dalam talian berjalan dengan lancar bagi pelajar yang menetap di rumah panjangnya.

“Saya amat berterimakasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana menjalankan usaha berterusan menerusi pelbagai inisiatif untuk memastikan komuniti tempatan seperti kami tidak ketinggalan dalam era digitalisasi ini,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikongsi oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) pada Ahad lepas.

MELEBARKAN CAPAIAN … Pengurus Besar SMA, Dr Zaidi Razak (kiri), bersama-sama Tuai Rumah Rumpang Bali (kanan) ketika lawatan ke Rumah Panjang Rumpang di Kampung Mersang Darat, Limbang.
RUMAH PANJANG DIGITAL … Pengurus Besar SMA, Dr Zaidi Razak (kanan), diiringi Tuai Rumah Rumpang Bali (kiri) ketika beliau melakukan lawatan ke Rumah Panjang Rumpang di Kampung Mersang Darat, Limbang.

Sementara itu, Pengurus Besar SMA, Dr Zaidi Razak, dalam lawatannya ke Rumah Panjang Rumpang memberitahu, pihaknya akan terus mendukung aspirasi Kerajaan Negeri yang ingin memastikan masyarakat luar bandar di Sarawak mendapat akses internet yang sama rata dengan penduduk bandar.

Kerajaan Sarawak ingin melihat infrastruktur digital dan kesalinghubungan yang ia usahakan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua rakyat.

“SALURAN merupakan antara inisiatif dengan objektif untuk meluaskan liputan telekomunikasi ke kawasan bukan komersial yang berdaya maju di Sarawak.

“Ini adalah salah satu usaha campur tangan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan jurang sosioekonomi dengan masyarakat luar bandar di Sarawak,“ Dr Zaidi menyebut dalam kenyataan yang sama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan