Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ambil kira pandangan, peranan rakyat dalam laksana projek pembangunan - Awang Tengah

Contohi rakyat di Semenanjung Malaysia, tolak parti yang tidak relevan – Awang Tengah

BAU, 28 Nov : Rakyat Sarawak disaran mencontohi rakyat Semenanjung Malaysia yang telah menolak parti pembangkang dalam satu pilihan raya negeri baru – baru ini.

Timbalan Presiden , Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) , Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata , ini kerana rakyat di sana telah ‘memiliki pengalaman’ semasa ditadbir Pakatan Harapan (PH) dan mereka telah menolak pembangkang sepenuhnya khususnya PKR.

” Parti itu langsung tidak memenangi sebarang kerusi malahan DAP juga hilang banyak kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan perkembangan projek infrastruktur di Tasi Biru di sini hari ini.

Sehubungan itu jelas Awang Tengah, beliau berharap agar pengundi di Sarawak menyedari pembangkang kini tidak lagi mendapat sokongan rakyat.

“Tiada sebab bagi rakyat untuk terus memberi kepercayaan kepada parti yang tidak lagi relevan,”katanya.

Tambah beliau lagi, walaupun parti pembangkang kini menggunakan bendera masing-masing, ianya bukan menjadi sebab kukuh untuk rakyat memberi semula kepercayaan kepada mereka.

“Mereka berdiri atas platform yang berasingan tetapi sama sahaja. Kita kita tidak boleh percaya dengan mereka untuk memastikan kestabilan politik di negeri ini dan keutuhan kerajaan,” katanya.

Katanya, Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan pilihan yang baik untuk rakyat Sarawak bagi memastikan negeri ini terus bergerak ke hadapan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan