KUCHING, 27 NOV: Menerapkan seni bina ikonik Bidayuh yang dikenali sebagai Baruk, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Serian hari ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Bangunan setinggi lima tingkat itu dibangunkan di kawasan seluas 32 ekar dengan peruntukan projek berjumlah RM200 juta telah beroperasi secara rasmi pada 31 Julai, 2021.
“Projek ini diharap dapat memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik oleh Kerajaan Sarawak kepada rakyat terutamanya di Bahagian Serian,” kata Abang Johari selepas merasmikan pusat pentadbiran tersebut.