Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kurangkan tambang, tambah penerbangan ke Sarawak- Pemuda GPS

KUCHING, 27 NOV: Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS) menggesa syarikat penerbangan untuk mengurangkan tambang serta menambah penerbangan bagi membantu pengundi pulang ke Sarawak untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Fazzrudin Abdul Rahman berkata Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyokong keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) untuk meluluskan penambahan penerbangan ke Sarawak untuk tujuan yang sama.

“Kami menyambut baik pengumuman Menteri Pengangkutan Negeri Datuk Seri Lee Kim Shin bahawa penerbangan ke Sarawak akan ditambah daripada 223 kepada 307 setiap minggu Disember ini.

“Ini bukti kerajaan GPS adalah kerajaan yang bertanggungjawab, mendengari keluhan rakyat memandangkan harga tiket penerbangan yang terlalu tinggi sejak akhir-akhir ini terutamanya apabila menjelang hari pengundian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, keputusan tersebut bertepatan dengan permintaan orang ramai yang mahu kembali ke negeri ini bulan depan untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 dan untuk bercuti.

Beliau turut berharap peningkatan kekerapan penerbangan akan membawa kepada penurunan harga tiket penerbangan untuk membolehkan rakyat Sarawak pulang ke Sarawak dan juga menggerakkan kembali sektor pelancongan negeri.

“Ini juga akan memastikan peratusan keluar mengundi maksimum semasa pilihan raya negeri dan membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi,” tambah beliau.

Selain itu, beliau turut menggesa orang ramai serta pelancong yang ingin memasuki Sarawak agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam memastikan keselamatan sepanjang tempoh pergerakan yang tinggi di Sarawak.

“Perkara ini penting untuk mengekanf kemungkinan penularan Covid-19 terutamanya berikutan penemuan varian baharu Covid-19.

“Walaupun kes Covid-19 menurun di Sarawak sejak akhir-akhir ini, ini tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kita leka kerana peningkatan semula kes Covid-19 akan memberi kesan buruk kepada rakyat,” tambah beliau lagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan