Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumah terbakar: Bayi dua minggu antara yang terselamat

Rumah terbakar: Bayi dua minggu antara yang terselamat

ByYusuf Shukri

KUCHING, 26 NOV: Bayi berusia dua minggu dan warga emas antara yang terselamat dalam satu kebakaran sebuah rumah di Satok pagi tadi.

Menurut pihak berkuasa, dalam kejadian sekitar jam 10.56 pagi itu kediaman jalan nombor 6 kampung muhibbah hangus terbakar 100 peratus .

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii memaklumkan, jentera bomba dan penyelamat (BPP) Padungan dan Batu Lintang dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Api berjaya di kawal kira-kira jam 11.23 pagi ketika mangsa yang merupakan peniaga cucur di hadapan rumahnya sedang bersiap-siap membuka gerai.

Sementara itu, mangsa Dayang Mahzaline Awang Mahdini menceritakan, ketika kejadian dia berada di hadapan rumahnya.

Mahzaline turut mendakwa, bomba mengalami kesukaran untuk tiba di lokasi kejadian.

“Ibu saudara menderita sakit angin ahmar dan hanya mampu menangis. Ketika kejadian, dia senang mandi dan diheret keluar dari bilik air oleh abang saya.

“Api marak dengan pantas dan kami hanya mampu melihat dan berdoa supaya kami terselamat,” kata Mahzaline .

Katanya lagi, api dipercayai bermula dari bilik di tingkat atas.

Beliau sekeluarga terpaksa menumpang rumah jiran buat sementara.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Orang ramai yang prihatin dan ingin menyalurkan sumbangan boleh hubungi mangsa di talian :
012-890 3536: Efariza Abdul Hamit
012 – 857 7200: Dayang Mahzaline Awang Mahdini

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan