Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki curi produk kecantikan dan kesihatan ditahan polis

MIRI, 26 NOV: Seorang lelaki telah dicekup polis selepas tindakannya mengambil beberapa produk kecantikan dan kesihatan dari sebuah pusat beli-belah dirakam oleh kamera litar-tertutup (CCTV) di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, kejadian disedari pemilik premis ketika hendak membuka kedainya Selasa lepas.

Kerugian dianggarkan hampir RM3,000.

Antara barangan yang dilaporkan telah hilang dalam kejadian adalah satu set barangan bersalin, sekotak kolagen, kopi durian belanda dan 135 unit barangan kesihatan berjenama.

“Suspek telah ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri pada hari Khamis  Jalan Permaisuri sekitar jam 4.06 petang.

“Dia kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan