Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan penyelidik Academia Sinica mengenal pasti dua reseptor penting yang boleh menjadi pelan tindakan dalam merawat pembekuan darah yang disebabkan oleh COVID-19.

Kes COVID-19 terus menurun di Sarawak dengan 144 kes baharu, tiga kematian

KUCHING, 26 Nov: Sarawak terus mencatatkan penurunan kes harian COVID-19 apabila ia melaporkan 144 kes pada Jumaat.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 Sarawak sebanyak 250,229 kes.

Daripada jumlah itu, JPBN memaklumkan 139 kes adalah dari kes-kes Kategori Satu dan Dua, sementara hanya lima kes sahaja dimaklumkan bagi Kategori Tiga, Empat dan Lima.

Kuching merekodkan hanya 59 kes harian sahaja, manakala Miri 18 kes, dan Bintulu 13 kes.

Daerah-daerah lain mencatatkan di bawah 10 kes.

Bagaimanapun tiga kematian turut dicatatkan yang membabitkan individu berusia 49 hingga 75 tahun.

Dua kes kematian mempunyai sejarah penyakit komorbiditi manakala satu kes tidak mempunyai sejarah penyakit yang diketahui. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan