Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Tiada jemputan daripada Bersatu bincang PRN Sarawak – Abang Jo

BETONG, 26 Nov — Gabungan Parti Sarawak (GPS) belum menerima sebarang jemputan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi membincangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau perlu meneliti jemputan itu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya tidak tahu (mengenai perbincangan itu). Kita tengoklah nanti, jika ada jemputan, apa tujuan perbincangan itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kabong hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Bersatu akan mengadakan perbincangan dengan parti komponen Perikatan Nasional dan GPS untuk menentukan strategi serta persiapan menghadapi PRN Sarawak.

Ketika ditanya jika Bersatu meletakkan calonnya pada PRN Sarawak, Abang Johari berkata itu hak mereka namun GPS kekal dengan keputusan untuk bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

“Biarlah mereka (Bersatu) tetapi kita (GPS) tetap dengan keputusan kita,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon bagi PRN Sarawak ditetapkan pada 6 Dis, pengundian awal pada 14 Dis dan pengundian pada 18 Dis.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan