Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

John Ilus calon sesuai di DUN Semuja – Uggah

ByFebbright James

SERIAN, 26 Nov : Kewibawaan bekas ADUN Semuja, John Ilus dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk di kawasannya mendapat pujian Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau turut memberi bayangan John Ilus bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Semuja pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12). 

“Beliau masih muda, cergas dan kita cukup berpuas hati dengan prestasinya. Kita juga sentiasa membantu beliau membangunkan kawasan bukit semuja.

“Prestasi John telah memuaskan hati semua pihak tambahan pula beliau masih muda.

“Bagaimanapun keputusan muktamad mengenai itu bakal ditentukan oleh Presiden Parti PBB yang juga Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Program Komuniti Jangkauan Pertanian (AgriCOP), di Balai Raya Kampung Remun hari ini. 

Beliau turut berharap pengundi di kawasan DUN Bukit Semuja memberi sokongan padu terhadap wakil rakyat yang dicalonkan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS).  

“Saya berharap agar orang di sini memilih dan memberi undi kepada GPS di kawasan Bukit Semuja. Ini kerana, kita dalam GPS akan teruskan perjuangan dalam membangunkan Sarawak ke arah negeri maju pada 2030,”ujarnya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan