Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Serah soal kerusi kepada KM – bekas ADUN Bukit Semuja

ByFebbright James

 SERIAN, 26 Nov : Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus menyerahkan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg soal kedudukan kerusinya untuk Pilihan Raya Negeri (PRN12).

Katanya, beliau dan jenteranya kini hanya menumpukan usaha untuk terus membantu penduduk khususnya di DUN Semuja.

“Soal kerusi kita serahkan kepada pengerusi GPS. Namun demikian, kami sudah bersedia.

“Kini tanggungjawab kita tetap berjalan seperti biasa iaitu membantu rakyat dengan menganjurkan program seperti hari ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Agriculture Community Outreach Program (AGRICOP) di Balai Raya Kampung Remun, Serian yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Tambahnya lagi, untuk berkempen beliau menggerakkan jentera  di peringkat kampung dan juga peringkat cawangan untuk persediaan perjumpaan dan sebagainya.

“Kita akan menggerakkan mereka untuk menguruskan segalanya agar setiap perjumpaan yang diadakan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sekaligus memastikan kerusi DUN ini dapat dipertahankan, “ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan