Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Projek bekalan air RM38.5 juta siap, manfaatkan 8,000 penduduk Marudi – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

MARUDI, 25 Nov : Jalinan kerjasama baik antara Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan telah membolehkan projek kesejahteraan rakyat dilaksanakan untuk rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerjasama erat itu turut melibatkan perlaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Marudi yang siap sepenuhnya sejak tiga bulan lepas.

Katanya, projek itu telah memanfaatkan lebih 8,000 penduduk di 32 buah rumah panjang dan dua buah kampung di sini.

” Ini juga merupakan bukti keprihatinan dan komitmen Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak sebagai agensi pelaksana serta Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk menambah baik kemudahan infrastruktur dan sistem bekalan air di Marudi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek BALB bagi kawasan Marudi, Bahagian Miri di sini hari ini.

Projek ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan dan JBALB Sarawak telah diberi tanggungjawab sebagai agensi pelaksana dengan kos pembinaan sekitar RM38.5 juta.

Skop projek ini merangkumi pembinaan Stesen Pam Penggalak Poyut- Nibong, tangki air berkapasiti penyimpanan air sebanyak 1.17 juta liter, pembinaan Tangki Aras Tinggi Tinting yang mampu menampung air sehingga 2.76 juta liter di Anja.

Selain itu ia juga melibat pemasangan saluran paip baharu sepanjang kira-kira 71 kilometer (km) yang membolehkan tekanan air dapat ditingkatkan.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata, JBALB Sarawak akan membuat pemantauan supaya projek ini memberi kemudahan kepada para penduduk di kawasan ini.

” Kita (kerajaan negeri) juga akan memastikan jaminan kualiti bekalan air yang lebih baik dan berterusan di sini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan