KUCHING, 24 Nov : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak pada 18 Disember ini mencecah 70 peratus.
Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, sasaran berkenaan ialah daripada keseluruhan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) terkini sehingga 2 November lalu iaitu seramai 1,252 014 juta pengundi.
” Seramai 1, 228 858 merupakan pengundi biasa manakala 12 585 anggota tentera dan pasangan serta 10 458 anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang diedarkan kepada media selepas Mesyuarat Khas SPR berhubung PRN Ke-12 Sarawak di sini hari ini. -TVS