Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

7,000 lot tanah untuk bangunkan rumah mampu milik di Bintulu – Abang Johari

BINTULU, 23 Nov : Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperkenalkan Program Pembangunan Semula Jepak untuk menampung keperluan rumah mampu milik di sini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, program berkenaan akan membolehkan rakyat di Jepak dan kawasan sekitar memiliki rumah kediaman mampu milik serta menikmati suasana persekitaran yang lebih baik seperti di Semerah Padi, Kuching ketika ini.

” Saya telah arahkan Jabatan Tanah dan Ukur untuk sediakan sebanyak 7,000 lot tanah di kawasan ini yang akan dibangunkan rumah mampu milik mengikut fasa untuk rakyat di Bintulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Projek Pembangunan Semula Bintulu fasa satu di sini hari ini.

Tambah Abang Johari, pembangunan kawasan baharu ini kelak akan mengubah landskap Bintulu menjadi penempatan dengan kemudahan yang lebih baik serta tersusun.

Projek fasa ini melibatkan pembinaan perumahaan atas tapak seluas lebih 146 ekar.

Menerusi projek ini, jumlah rumah yang dibina ialah sebanyak 596 unit serta menggunakan model yang dilaksanakan di Projek Darul Hana , Kuching dan Perumahan Kemunyang di Sibu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan