Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kekalkan perpaduan dan budaya tolong menolong di Sarawak- Ketua Menteri

ByFebbright James

KOTA SAMARAHAN, 23 Nov : Ketua Menteri , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu budaya saling membantu dan peka kepada golongan yang memerlukan di negeri ini terus dipelihara.

Menurutnya, Sarawak bertuah kerana mempunyai banyak pertubuhan sukarelawan seperti The Salvation Army yang sentiasa tampil menghulurkan bantuan kepada rakyat pelbagai bangsa dan agama.

” Inilah Sarawak yang sentiasa tolong menolong dan budaya ini perlu dipertahankan kerana kita (rakyat Sarawak) memahami antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Rumah Kanak-Kanak Salvation Army di sini hari ini.

Ujarnya lagi, seperti The Salvation Army , persatuan lain termasuk persatuan sukarelawan Islam juga telah menghulurkan bantuan kepada golongan masyarakat yang memerlukan.

Sementara itu, Abang Johari berkata , selagi rakyat mahukan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerajui pentadbiran kerajaan negeri, beliau akan terus memastikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mendapat sokongan.

Sementara itu, Salvation Army menerusi kenyataan memaklumkan premis mereka ketika ini di Jalan Ban Hock dan Jalan Uplands di Kuching akan berpindah ke lokasi baharu meliputi kawasan seluas 7.5 ekar berhampiran Lebuhraya Kuching-Samarahan.

Kemudahan baharu itu dibina dengan peruntukan dari Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) , Jabatan Ketua Menteri Sarawak sebanyak RM4 juta manakala Pusat Perubatan Borneo turut menyumbang RM9 juta untuk pembangunan premis baharu itu. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan