Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 22 Nov -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan) melancarkan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) Digital Village di Sama Jaya High Tech Park di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi TEGAS, Datuk Len Talif Salleh (kiri). -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Bank digital bakal ubah infrastruktur perbankan di Sarawak – Abang Johari

KUCHING, 22 Nov : Pelaksanaan bank digital di Sarawak akan menyaksikan perubahan infrastruktur perbankan di negeri ini yang semakin berkembang dan memberi manfaat kepada rakyat terutama penduduk di luar bandar.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pada masa ini kerajaan negeri masih menunggu kelulusan permohonan lesen bank digital daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

“Kita telah memohon kepada Bank Negara untuk mewujudkan bank digital ini dan harap dapat dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perkampungan Digital Tegas (TDV) di bawah Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) di Taman Teknologi Tinggi Sama Jaya di sini, hari ini.

Beliau berkata , penerangan lanjut mengenai kriteria bank digital itu akan dimaklumkan sebaik sahaja permohonan tersebut diluluskan dan proses berkaitan BNM selesai.

“Kita tahu sekarang (bank yang ada) ialah bank konvensional yang menggunakan perbankan runcit iaitu secara bersemuka, tetapi masa depan nanti transaksi menggunakan digital diseliakan oleh Bank Negara, jadi kita perlu mengikut panduan Bank Negara.

“Ini yang memudahkan mereka di luar bandar untuk menjalankan transaksi tanpa perlu pergi ke bank seperti biasa,” jelasnya.

Terdahulu, Abang Johari dalam ucapannya berkata Sarawak berupaya menjadi lembah silikon di rantau ini menerusi TDV yang mempunyai kemudahan teknologi terkini dalam usaha menghasilkan produk daripada pelbagai sudut yang boleh dibawa ke peringkat antarabangsa.

Katanya, menerusi inovasi digital dan keusahawan yang dijalankan sejajar dengan polisi kerajaan, ia juga mampu menjana pendapatan Sarawak pada masa hadapan.

“Tempat ini akan menjadi makmal uji kaji menghasilkan proses dan produk dari sudut teknologi merangkumi komoditi atau barangan, malah harta intelek oleh peneroka tempatan atau antarabangsa yang boleh diguna pakai di pasaran global,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan