Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ambil kira pandangan, peranan rakyat dalam laksana projek pembangunan - Awang Tengah

Proses ukur Tanah NCR dipercepat melalui kaedah baharu

KUCHING, 22 Nov: Dalam usaha mempertahankan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), Kerajaan Negeri menerusi Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Inisiatif Baharu pada tahun 2010 telah mempercepatkan proses pengukuran tanah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, hal tersebut bagi memastikan hak rakyat ke atas tanah NCR yang sahih mengikut perundangan dipertahankan.

Menerusi laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), beliau berkata, proses penyukatan bertujuan memastikan pemilik tanah NCR mempunyai dokumen pemilikan, persempadanan yang jelas dan tidak akan diceroboh.

“Pengeluaran Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 KTN ini memberi banyak manfaat kepada pemilik tanah. Antaranya jenis pemilikan kekal.

“Ini bermakna pemilik tanah mempunyai hakmilik kekal ke atas tanah tersebut, tidak dikenakan cukai tanah tahunan, kos pengukuran tanah dan penyediaan surat hakmilik tanah malah turut dikecualikan premium tanah,” kata beliau.

Awang Tengah berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 KTN dan Surat Kelulusan Lot Kediaman SPK Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian di Mukah semalam.

Jelas beliau, program Pengukuran Kampung Tradisional masih diteruskan oleh kerajaan kerana ia adalah usaha berterusan untuk memastikan jaminan hak milik ke atas tanah para penduduk kampung terpelihara, khususnya kampung-kampung yang telah lama wujud sama ada di kawasan yang telah diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 KTN (Kampung) mahupun yang belum diwartakan.

Katanya, bagi Skim Pembesaran Kampung (SPK) pula, kerajaan telah menggunakan spesifikasi terbaru dengan menyediakan infrastruktur seperti rangkaian jalan, sistem perparitan, bekalan air, bekalan elektrik dan telekomunikasi.

“Projek SPK ini lebih tersusun dengan menggunakan pendekatan baharu seperti penambahbaikan infrastruktur asas seperti jaringan jalan raya yang dahulunya hanya jalan batu kini dinaik taraf kepada jalan berturap.

“Semua kos tembok, jalan berturap, parit konkrit akan ditanggung oleh Kerajaan Sarawak lebih kurang RM100,000 hingga RM120,000 per lot.

“Kerajaan juga telah mengurangkan kadar premium sebanyak 50 peratus bagi lot kediaman di semua SPK dan Skim Penempatan Semula (SPS) dengan tidak melebih RM2,500 untuk satu lot,” jelas beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II Sarawak.

Seramai 39 penduduk dari Kampung Penat, Oya dan 20 penduduk dari Ulu Sungai Judan dan Sungai Napeh menerima Surat Hak Milik Tanah dalam program tersebut.

Turut diserahkan Surat Kelulusan SPK kepada 49 penerima untuk SPK Petanak Fasa 1, 49 penerima bagi SPK Judan dan 23 penerima bagi SPK Penat.

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found