Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Suara dan khidmat pesara bomba masih penting

KUCHING, 21 Nov : Perkhidmatan serta pandangan pesara bomba masih lagi relevan walaupun tidak lagi dalam perkhidmatan, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri (JBPN) Sarawak, Datu Khirudin Drahman.

Oleh itu, mereka digalakkan untuk terus menyumbang perkhidmatan dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan melibatkan diri dalam program-program komuniti.

“Konsep Keluarga Malaysia seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini telah menjadikan Sarawak dan Sabah sebagai negeri yang boleh dijadikan contoh penanda aras (benchmark).

“Harapan saya kepada pesara-pesara untuk mewujudkan suasana keluarga dalam konsep jabatan bomba di bawah program kebajikan dan banyak pendekatan yang telah dilakukan untuk menaikkan kepentingan kebajikan pesara,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Pesara Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak 2021 pada Khamis lalu.

Seramai 32 pesara bomba telah diraikan dalam majlis tersebut.

“Saya dimaklumkan ada lebih kurang 32 orang pesara yang akan kita raikan pada malam ini tetapi oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan hanya 13 orang sahaja yang telah mengesahkan kehadiran dan kita raikan pada malam ini,” kata beliau.

Tambahnya, JBPM tersenarai sebagai penerima Tabung Amanah Perwira Dan Pertahanan Negara bersama beberapa jabatan dan agensi yang lain di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Jabatan Bomba juga diletakkan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai agensi peneraju dalam Operasi Sanitasi Awam bagi mencegah penularan Covid-19.

Dalam majlis itu juga, beberapa orang pengamal media turut menerima penghargaan daripada JBPM Sarawak.

Khirudin turut berterima kasih kepada pihak media kerana sentiasa menyokong usaha dan menghargai jasa dan khidmat JBPN Sarawak melalui laporan berita tentang khidmat sumbangan jabatan itu kepada masyarakat dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda awam.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan