Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SERIAN, 11 Nov -- Permandangan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak Serian - Sri Aman yang dirakam dengan menggunakan drone. Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup, status kemajuan pembinaan 10 pakej kerja dari Sematan ke Miri melalui projek LPB Sarawak Fasa Satu yang giat dilaksanakan adalah sebanyak 71 peratus hingga September lepas. Sementara itu, dan satu pakej kerja iaitu pakej Telok Melano ke Sematan telah siap sepenuhnya pada Januari 2019. Projek LPB Sarawak merangkumi laluan sepanjang 786 Kilometer dari Telok Melano ke Miri dibina dalam 11 pakej. Ia membabitkan pembinaan lebih 100 jambatan melibatkan kos RM16.117 bilion dan bakal memberi manfaat kepada pengguna di Sarawak. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Jajaran jalan Serian – Pantu dijangka siap Disember ini

KUCHING, 21 Nov : Pengguna Lebuhraya Pan Borneo (LPB) jajaran Serian – Pantu bakal dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa dengan pelbagai kemudahan seperti persinggahan di sepanjang lebuhraya tersebut apabila ia siap sepenuhnya, dijangka Disember ini.

Menurut Menteri Kanan Kerja Raya Dato’ Sri Fadillah Yusof, pembinaan LPB jajaran Serian-Pantu hanya tinggal satu lagi peratus sebelum siap sepenuhnya.

Katanya, selain keadaan jalan yang sempurna perjalanan bukan sahaja dapat dilancarkan dan dipercepatkan tetapi kewujudan kawasan Rewat dan Rawat (R&R) dilihat bakal membuka peluang pekerjaan di kawasan tersebut, sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di sepanjang jajaran Pan Borneo.

“Jadi dengan siapnya jajaran ini, perjalanan yang dahulunya agak mencabar dengan permukaan jalan yang tidak rata dan berhabuk bakal berubah dengan adanya R&R , tempat persinggahan dan sebagainya yang akan melancarkan dan mempercepatkan perjalanan.

“Setakat ini, yang sudah siap sepenuhnya adalah jajaran Telok Melano, Julau dan seterusnya adalah jajaran Bulatan Serian – Simpang Pantu yang dijangka rasmi Disember ini.

“Insya-Allah, projek-projek selebihnya akan siap menjelang hujung tahun 2022, yang mana kebanyakannya kini sudah mencapai 74 peratus siap,” katanya.

Tambahnya, ini bakal menjadikan tiga daripada 11 pakej kerja Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) dengan jajaran sepanjang 786 kilometer (km) dari Telok Melano ke Miri, siap sepenuhnya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu rancangan ‘Sarawak Decides terbitan TVS yang mengupas isu pemerkasaan infrastruktur asas di sini hari ini.

Projek LPB Sarawak dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan Kementerian Kerja Raya sebagai pemilik projek dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak selaku Pegawai Penguasa Projek. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan