Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Suspek pergaduhan bersenjata ditahan, taji ayam antara yang dirampas

ByAhmad Burhanuddin

PADAWAN, 20 Nov : Selepas hampir dua bulan hidup ‘bebas’ setelah melakukan jenayah, seorang lelaki tempatan yang juga suspek kes pergaduhan bersenjata di Kota Sentosa pada September lalu akhirnya ‘masuk perangkap’ apabila diberkas polis pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek yang berusia 30 tahun itu diberkas di sebuah restoran di Batu Kawah New Township kira – kira pukul 4.30 petang.

Katanya, polis turut merampas pelbagai barangan daripada suspek termasuklah taji ayam, telefon bimbit dan sebuah motosikal disyaki yang dicuri.

” Sebelum ini dalam kejadian sekitar pukul 3.15 pagi pada 27 September lepas, seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan umur 40 tahun cedera di bahagian kepala dan badan selepas dipukul oleh sekumpulan lelaki yang bersenjatakan kayu golf dan parang panjang,” katanya menerusi kenyataan media.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kes berkenaan berpunca daripada masalah rumah tangga.

Berhubung suspek yang ditahan, Abang Zainal Abidin memberitahu, semakan mendapati lelaki berkenaan mempunyai 10 rekod jenayah lampau berkaitan dadah selain turut pernah terlibat dengan tiga kes jenayah lain.

“Kes pergaduhan ini sedang disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan polis masih mengesan suspek lain yang masih bebas,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta Bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082-862233. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan