Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lebuhraya Pan Borneo jajaran Julau kini dibuka

JULAU, 20 Nov : Penantian rakyat negeri ini untuk menggunakan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) jajaran Julau berakhir apabila ia dibuka secara rasmi hari ini oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, pembinaan jajaran berkenaan sepanjang 28.5 kilometer (KM) dengan kos sebanyak RM537.4 juta siap sepenuhnya dan diyakini akan menjadi asas baharu kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak.

” LPB ini diyakini akan memperluaskan jaringan pengangkutan antara pekan serta daerah ke pusat pertumbuhan yang berpotensi seperti pelabuhan, kawasan perindustrian dan pusat-pusat komersial di sepanjang jajarannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pembukaan Seskyen Julau LPB di Stadium William Mawan di sini hari ini.

Katanya, laluan berkenaan merupakan sebahagian daripada keseluruhan tiga jajaran WPC07 dari Persimpangan Bintangor ke Jambatan Sungai Kua sepanjang 75 km.

“Secara keseluruhan, skop pembinaan jalan ini melibatkan kerja – kerja menaiktaraf kepada empat lorong dua hala,” katanya.

Kata Fadillah lagi , apabila keseluruhan jajaran WPC07 siap kelak, ia akan menyediakan akses perhubungan darat yang selesa dan cekap terutama kepada penduduk di sekitar kawasan Sarikei dan Bintangor ke Kanowit dan Sibu.

Projek LPB Sarawak dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan Kementerian Kerja Raya sebagai pemilik projek dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak selaku Pegawai Penguasa Projek. -TVS

Tags: panborneo

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan