Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
DATUK SERI ALEXANDER NANTA LINGGI
Kerajaan belum lagi menetapkan tarikh bagi menarik balik sekatan pengeksportan ayam, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. --foto Bernama

PBB kekal rendah diri, cuba sehabis baik pertahan keputusan 2016

KUCHING, 20 Nov : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu kekal merendah diri apabila turun bertanding dalam gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata , walaupun ada ramalan mengatakan PBB dan parti – parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkelebihan untuk mempertahankan pentadbiran kerajaan negeri, namun itu bukan satu jaminan dan membuatkan mereka berasa selesa.

” Kita tidak tahu apa yang akan berlaku namun kita akan cuba sehabis baik (untuk pertahankan kerusi – kerusi ) yang dimenangi sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas menghadiri Mesyuarat Kerja Tertinggi partinya di Jalan Bako di sini malam tadi.

Sebelum ini, penganalis politik menjangkakan GPS tidak berdepan ‘masalah besar’ untuk menang dalam PRN Ke-12 memandangkan pengaruh pembangkang tidak meluas di seluruh negeri.

Sementara itu, Alexander berkata, PBB seperti edisi PRN terdahulu, akan menurunkan calonnya di 47 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan menampilkan beberapa muka baharu.

“Bagaimanapun saya tidak boleh jelaskan sekarang dengan terperinci jumlah muka baharu, mungkin 10 peratus, 20 peratus atau 30 peratus,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan