Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak catat 292 kes baharu, empat kematian

ByIsma Haziq

KUCHING,19 Nov : Sarawak mencatatkan sebanyak 292 kes positif baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 248,836.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JBPNS), 287 daripadanya adalah kategori satu dan dua manakala lima daripadanya adalah kategori tiga, empat dan lima.

Kuching mencatatkan kes positif tertinggi iaitu sebanyak 119 kes diikuti dengan Miri (34), Bintulu (29), Sibu (23) dan Serian sebanyak 18 kes.

Sementara itu, Limbang pula mencatatkan kes baharu sebanyak 16 dan Simunjan, lapan kes.

Sebanyak 13 daerah tidak merekodkan sebarang kes hari ini.

Sebanyak empat kes kematian dilaporkan hari ini dan menjadikan korban keseluruhan mencecah sebanyak 1, 555.

Pada masa yang sama, tiada kluster baharu yang dilaporkan hari ini manakala enam kluster masih aktif. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan