Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tabung Haji serah zakat RM1.9 juta kepada Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 18 Nov : Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan bayaran zakat berjumlah RM1,988,927.04 kepada Tabung Baitumal Sarawak bagi tahun kewangan berakhir 2020.

Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak, Datin Nurlaila Said berkata, pembayaran zakat ini diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh Tabung Baitumal Sarawak ke arah kemampanan program-program yang dirangka di negeri ini.

“Tabung Haji terus giat memperkasakan kewangan Islam dan pembangunan sosioekonomi ummah khususnya di negeri ini”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat TH kepada Ketua Menteri , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Nurlalila berkata, bayaran zakat Sarawak tahun lepas mencatatkan peningkatan sebanyak RM296 942 berbanding RM1,691,985.29 pada 2019.

Sebelum ini, pada 24 Oktober lalu, TH turut menyumbangkan sebuah van menerusi Program Mobiliti untuk kegunaan pusat jagaan terpilih buat pertama kalinya di sarawak

” TH sentiasa mengutamakan aspek kelestarian ekonomi ummah dan pembayaran zakat bagi meningkatkan kebajikan masyarakat dan membantu meningkatkan kegiatan ekonomi golongan asnaf,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, pada tahun ini TH memperuntukkan RM18.7 juta bagi melaksanakan pelbagai program seperti Program Ehsan iaitu bantuan kewangan kepada golongan asnaf yang memerlukan seperti warga emas, ibu atau bapa tunggal dan golongan kurang upaya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan