KUCHING, 18 Nov : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berpandangan, parti – parti yang berasal dari Sarawak lebih memahami keperluan rakyat di negeri ini.
Naib Presidennya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bagaimanapun di sebalik hakikat berkenaan, Sarawak tetap mengamalkan sistem demokrasi yang tidak menghalang mana – mana individu atau parti untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke -12 ini.
” Mereka (parti politik) ada hak untuk bertanding sama ada parti tempatan atau dari luar, kita terpaksa akur,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Namun demikian tegas Abdul Karim, sebagai sebuah negeri yang mempunyai hak keistimewaannya sendiri yang perlu dijaga, beliau yakin rakyat negeri ini sangat mengetahui bahawa hanya parti tempatan yang tahu apa yang diperlukan negeri ini.
” Selain itu, calon tempatan juga lebih tahu apa yang terbaik untuk Sarawak,” katanya. -TVS