Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

11 juta penduduk Thailand belum disuntik vaksin COVID-19

ByBernama

BANGKOK, 18 Nov: Seramai 11 juta penduduk Thailand yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19 mungkin berdepan sekatan pergerakan dalam usaha negara ini untuk membendung penularan jangkitan.

Justeru, Pengarah Risk Communication and Health Behavior Development, Jabatan Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Awam, Dr Sumani Watcharasin menggesa agensi berkaitan dan pihak berkuasa tempatan untuk mempercepat serta memperhebat lagi usaha vaksinasi.

“Sehingga kini  sejumlah 86.07 juta dos vaksin telah digunakan sejak program vaksinasi dilancarkan pada 28 Feb. 

“Setakat semalam sebanyak 37.5 juta atau 52.1 peratus penduduk sudah lengkap vaksinasi,” katanya pada taklimat harian COVID-19 hari ini.

Beliau berkata  Thailand menyasarkan untuk menyuntik 70 peratus penduduknya dengan sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 menjelang akhir bulan ini.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Awam berkata mereka yang tidak divaksin mungkin akan berdepan beberapa sekatan untuk mengehadkan kontak.

Setiausaha Tetap Kesihatan Awam Dr Kiatiphum Wongrajit berkata kementerian mungkin mengenakan syarat orang ramai perlu menunjukkan bukti vaksinasi sebelum dibenarkan memasuki tempat awam.

Dalam tempoh 24 jam lalu,  Thailand merekodkan 6,524 kes baharu COVID-19 dan 56 kematian menjadikan jumlah jangkitan kepada 2,037,224 dan 20,199 kematian.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan