GEDONG: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Naroden Majais hari ini secara terbuka menawarkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong.
Beliau yang juga Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana itu berkata, sekiranya Abang Johari bertanding di situ, ia akan dapat memastikan kesinambungan pembangunan di kawasan berkenaan akan lebih rancak.
“ Kawasan ini akan lebih cepat membangun serta impak pembangunan akan melimpah hingga ke kawasan lain seperti Samarahan, Simunjan dan Sebuyau,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Lubok Teranggas ke Gedong di sini.
Bagaimanapun , Abang Johari yang juga penyandang kerusi DUN Satok masih belum memutuskan kawasan yang akan ditandinginya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke -12 Sarawak setakat ini. – TVS
Berita penuh akan menyusul.