Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Boling Dunia : Pemain Amerika Syarikat menangis tumpas kepada Malaysia

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 15 Nov : Pemain boling lelaki Amerika Syarikat (AS) AJ Johnson dilihat sebak dan seolah -olah tidak dapat meneruskan balingan selepas menyedari pasukannya tumbang kepada Malaysia dalam suku akhir acara berpasukan Kejohanan Boling Dunia kepada Malaysia petang tadi.

Saat kejatuhan pasukan lelaki Amerika Syarikat yang merupakan pasukan pilihan itu dapat disaksikan sejak frame pertama lagi apabila Johnson gagal mendapatkan strike pada balingan pertamanya.

Sebaliknya Malaysia yang dibarisi Rafiq Ismail, Tun Amirul Hakim, Syafiq Ridhwan Abdul Malik dan Syazirol Shamsudin mendahului sejak awal permainan dengan melakukan lapan strike berturut-turut.

AS yang turut dibarisi Andrew Anderson, Jakob Butturff, dan Kristopher Prather cuba mengejar namun Malaysia mengekalkan permainan konsisten di Pusat Boling Antarabangsa Dunia.

Malaysia mara ke separuh akhir selepas mencatatkan 279 pin berbanding 258 yang diraih lawan.

Sejurus pemain berakhir, pemain Malaysia dan AS masing – masing dilihat berpelukan sesama sendiri dan memberi kata – kata semangat dan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi.

Tun Amirul menerusi hantaran di Facebooknya berkata, kejayaan melepasi suku akhir telah memastikan Malaysia akan pulang dengan pingat dalam kejohanan kali ini.

Sementara itu, bagi Anderson, ini merupakan kali kekalahan kali keduanya kepada Tun Amirul Hakim di pentas kejohanan dunia.

Pada edisi 2018, Tun Amirul bersama Adrian Ang menewaskan Anderson dan AJ Tackett dalam acara final beregu untuk meraih pingat emas sekaligus bergelar juara dunia.

Malaysia bertemu Korea Selatan di peringkat separuh akhir untuk merebut tempat ke final namun tumpas dengan keputusan 194-299 . -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan