Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Warga emas hilang ditemukan lemas di Sungai Abang

MIRI, 15 Nov : Selepas tiga hari dilaporkan hilang, seorang warga emas telah ditemukan lemas di Sungai Abang di sini.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Marudi, Maureen Sim Ah Lian berkata, mangsa yang berusia 74 tahun itu dikenalpasti sebagai Clement Tingang.

Menurut beliau, pihak Bomba menerima panggilan kecemasan kira -kira pukul 11 malam pada 12 November dan operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan.

“Mayat telah ditemui pada jam 9 pagi tadi oleh pasukan penyelamat di Sungai Abang iaitu lebih kurang empat kilometer ke hilir Sungai Long Tap, Akah Baram iaitu lokasi kejadian,” katanya.

Beliau memberitahu, ,mayat telah diserahkan kepada keluarga mangsa selepas proses pengecaman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan