Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sektor pelancongan Sarawak tunjuk tanda pemulihan awal

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 15 Nov: Sektor pelancongan di Sarawak mula menunjukkan pemulihan sejak Oktober lepas apabila sejumlah RM47.48 juta nilai resit rasmi pelancongan dicatatkan dalam bulan berkenaan berbanding RM42.5 juta yang direkodkan pada tempoh sama tahun lepas.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 11 peratus sementara jumlah pelawat juga turut meningkat apabila 20,926 orang direkodkan berbanding 18,338 sepanjang Oktober 2020.

“Kalau dibandingkan, jumlah pengunjung asing ada sedikit menurun berbanding tahun lepas di mana pada 2020, kita menerima 2,967 orang pelancong asing manakala pada tahun ini pula, seramai 1,616 orang sahaja.

“Ini menunjukkan penurunan sebanyak 45 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Sarawak 360 Experience: Stories From The Heart di Old Court House, Kuching pada Isnin.

Jelas beliau, meskipun kadar kemasukan pelancong asing menunjukkan penurunan, namun kemasukan pelancong domestik mempamerkan angka yang cukup baik.

“Kita menerima peningkatan kunjungan daripada pelancong domestik yang agak tinggi iaitu 25 peratus, yang mana mencatatkan 19,310 pelancong domestik pada tahun ini berbanding 15,371 pada tahun lepas,” jelas Abdul Karim. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan