Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Permandangan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak Serian - Sri Aman yang dirakam dengan menggunakan drone.Foto Bernama.

Lebuhraya Pan Borneo beri impak besar kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak

KUCHING, 15 Nov : Projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) di Sarawak yang kini hampir siap akan memberi impak besar terhadap pertumbuhan ekonomi , pembangunan dan kemakmuran rakyat di negeri ini.

Pensyarah kanan, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd. Yusof Saari berkata, beliau yakin sekiranya LBP di Sarawak sudah dibuka, ia akan memastikan perhubungan darat termasuk pergerakan pekerja, penghantaran barangan dan perkhidmatan akan lebih mudah.

“Ia seterusnya akan menjadi pemangkin kepada ekonomi Sarawak kerana kita menjangkakan kemunculan industri baharu seperti cendawan tumbuh selepas hujan selain membantu sektor -sektor sedia ada seperti pelancongan,” katanya kepada TVS.

Beliau mengulas perkembangan pembinaan LPB di Sarawak yang kini mencapai kemajuan 80 peratus seperti dimaklumkan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof semalam.

Menurut Fadillah, Projek LPB bagi jajaran Julau ke Sibu hampir siap sepenuhnya apabila kemajuannya kini mencapai tahap 99 peratus manakala keseluruhan projek berkenaan di negeri ini telah mencapai kemajuan 80 peratus.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusof berkata, projek tersebut bukan hanya sekadar membina dan menaiktaraf jalan raya kepada lebuhraya di Sarawak sebaliknya sebagai pemangkit kemajuan ekonominya secara menyeluruh.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Alexander Vincent berkata, kesungguhan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memberi ‘tekanan’ supaya projek ini diteruskan bakal membawa manfaat kepada rakyat Sarawak.

Ujar beliau, LPB merupakan inisiatif yang sudah lama ditunggu oleh rakyat dan tidak wajar dipersiakan.

” Walaupun tergendala disebabkan perubahan Kerajaan Persekutuan daripada Barisan Nasional (BN) ke Pakatan Harapan (PH) pasa 2018, namun kerajaan negeri tetap mahukan projek berkenaan dilaksanakan dan hari ini kita melihat kejayaannya,” katanya.

Beliau menambah, ia juga membuktikan kemampuan Kerajaan Negeri di bawah GPS untuk membangunkan negeri ini dan bukan sekadar menabur janji kosong. -TVS

Tags: panborneo

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan