Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ambil kira pandangan, peranan rakyat dalam laksana projek pembangunan - Awang Tengah

Petani, penternak dan nelayan disaran kuasai teknologi baharu – Awang Tengah

LAWAS, 15 Nov : Petani, penternak dan nelayan di Sarawak disaran supaya meneroka, menggunakan dan menguasai teknologi baharu untuk meningkatkan hasil mereka, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata, penggunaan teknologi bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan pengurusan ladang dan kebun malah membantu memacu produktiviti sektor itu.

Justeru katanya, Agriculture Community Outreach Programme atau AgriCOP yang dilaksanakan Jabatan Pertanian Sarawak amat bertepatan untuk memberi pendedahan kepada petani, penternak dan nelayan mengenai penggunaan teknologi.

“Pelbagai teknologi dengan sistemnya boleh digunakan dan membantu petani-petani kita meningkatkan penghasilan, kualiti dan produktiviti produk pertanian mereka.

“Saya amat bangga dengan program ini. Kita beri pendedahan, ilmu dan bantuan kepada petani untuk memperkasakan produk mereka sekali gus meningkatkan taraf pendapatan,” katanya pada majlis perasmian AgriCOP di Dewan Masyarakat Kampung Sualai di sini hari ini.

Awang Tengah berkata , selaras hasrat menjadikan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi, sektor pertanian antara elemen penting diberikan penekanan dan keutamanan oleh kerajaan negeri menerusi pembangunan infrastruktur, penggunaan teknologi dan bantuan kewangan kepada pemain sektor itu.

Sementara itu, AgriCOP yang disertai 80 penduduk kampung terdiri daripada petani dan nelayan itu bertujuan memberi pendedahan mengenai bantuan dan program yang disediakan kerajaan negeri dan Persekutuan, selain memperkenalkan teknologi pertanian.

Turut hadir, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Datuk Ubaidillah Abdul Latip dan Pegawai Pertanian Bahagian Limbang Jakaria Rambli.

— BERNAMA

Tags: #bm, NRDA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan