MIRI, 14 Nov : Empat maut selepas kereta jenis Proton Pesona yang dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah lori muatan panjang di Jalan Samalaju di sini pagi tadi.
Difahamkan, akibat pelanggaran berkenaan, salah seorang mangsa tercampak keluar dari kereta setelah merempuh lori itu yang berhenti di kiri jalan.
Menurut laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat, panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu diterima kira -kira pukul 4.24 pagi tadi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba Samalaju dikejarkan ke lokasi kemalangan berhampiran lampu isyarat Eco Park, Bintulu.
” Setibanya di tempat kejadian, Bomba mendapati terdapat lima orang mangsa dengan empat daripadanya masih tersepit dalam kereta manakala seorang lagi tercampak keluar,” jelas kenyataan berkenaan.
Mangsa yang terselamat dikenali sebagai Brandon Libat, 28 manakala mangsa-mangsa yang meninggal dunia masih tidak dikenalpasti identiti ketika laporan ditulis.
Maklumat lanjut akan menyusul. -TVS