Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hampir 1,000 penduduk enam buah rumah panjang terputus hubungan akibat tanah runtuh

KAPIT, 13 Nov: Tanah runtuh yang berlaku di Nanga Selubok, Melipis di sini telah mengakibatkan kira-kira seribu penduduk enam buah rumah panjang terputus hubungan.

Hal ini berikutan keseluruhan jalan di kawasan tersebut tidak dapat dilalui ekoran tanah runtuh yang bersaiz 100 meter.

Kejadian awal pagi 11 November itu dipercayai berpunca berikutan hujan lebat berterusan pada malam sebelum kejadian.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kapit Erwandy Tugor berkata, pihaknya  menerima panggilan daripada Pegawai Daerah Kapit pada jam 8.30 pagi untuk melaporkan kejadian dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Goram, Jefferson Jamit Unyat serta Jawatankuasa Bencana Daerah Kapit telah meninjau lokasi kejadian.

“Jarak Jalan Nanga Selubok Melipis dari Nanga Melipis lebih kurang 41 kilometer dan semasa kejadian tidak ada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

“Pihak kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dilantik untuk membuat jalan sementara berturap dan dijangka siap dalam masa seminggu. Selain itu juga, pembenteng atau ‘retaining wall’ akan dibina di kawasan runtuhan bagi mengelakkan kejadian berulang,” tambahnya.

Penduduk rumah panjang (RH) yang terjejas akibat kejadian tersebut ialah RH Rambol, RH Untat, RH Dr Alexson Keling, RH Achai, RH Sigih dan RH Mulai.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan