Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tersenarai ataupun tidak, terpulang kepada Ketua Menteri – Dr Jerip

KUCHING, 12 Nov: Terpulang kepada Ketua Menteri untuk mengesahkan senarai nama calon.

Itu adalah jawapan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong Datuk Dr Jerip Susil ketika ditanya tentang kemungkinan beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak yang akan datang.

Beliau menyerahkan kepada Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk menentukan sama ada nama beliau akan tersenarai sebagai calon ataupun tidak.

Bagaimanapun, menurutnya, mereka sudah diberi mandat untuk menggerakkan jentera dan aktiviti seperti yang sepatutnya.

“Senarai belum sedia lagi. Saya tidak pasti, mungkin sudah sedia, tetapi belum didedahkan lagi,” ujarnya ketika ditemui di Pejabat Kecil Daerah Padawan di sini pada hari ini selepas beliau merasmikan Program Penyampaian Baucar Pakaian Seragam Yayasan Sarawak.

Kerusi DUN Mambong merupakan kerusi tradisi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11, kerusi DUN Mambong dimenangi semula Dr Jerip atas tiket calon langsung Barisan Nasional (BN).

Beliau diterima menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 24 Oktober 2019 kira-kira tiga bulan selepas beliau keluar daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Menurutnya ketika itu, beliau membuat keputusan itu selepas mengambil pandangan dan nasihat penyokong termasuk rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong.

Keanggotaan Dr Jerip dalam PBB menjadikan ketiga-tiga kawasan DUN di bawah kawasan Parlimen Puncak Borneo kini milik PBB. 

Kerusi Parlimen Puncak Borneo, yang kini dipegang oleh Datuk Willie Mongin selepas beliau menang di bawah tiket calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), merangkumi kawasan DUN Mambong, DUN Tarat (Datuk Roland Sagah) dan DUN Serembu (Miro Simuh).

Pada minggu lepas, Mongin, yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Mac 2020, telah menyuarakan sokongannya kepada mana-mana calon GPS yang akan bertanding di kawasan DUN di bawah kawasan Parlimen Puncak Borneo. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan